Menatap Belahan

Sepakat hati yang tergelincir
Cinta itu fitrah
Sukar untuk dilepaskan
Walaupun beribu cubaan
Masih terpahat dalam kenangan

Namun 
Berlayarlah bahtera solehah
Tangkislah godaan yang mencelah
Perjuangkan maruah muslimah

Apa manfaat surah An-Nur ayat ke-31 ?
Walhal perhiasanmu terdedah kepada pandangan ajnabi
Apa maknanya surah Al-Isra' ayat ke-23 ?
Jika kau membentak ibu bapamu demi membela kekasih hati 

Termaktub amaran "Dan janganlah kamu mendekati zina"
Namun mengapa masih membelai cinta kekasih dusta 
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan"
Hakikatnya teknologi yang kau guna untuk mengekori ajnabi melesapkan setiap sen simpananmu

Usaplah jari-jemarimu
Adakah jari ini pernah menaip mesej kepada ajnabi ?
"Berimanlah kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran)"
Kalam agung itu tak layak meresap dalam kalbumu yang terkunci cinta ajnabi

Apakah hikmah yang dipetik daripada surah Al-Ahzab ayat ke-32 ?
Sedangkan kau memperdengarkan audio indahmu kepada tontonan umum
Adakah ayat ke-15 surah An-Nisa' tidak mencuit jiwamu untuk berhenti melayan lelaki pujaan hati ?

Wahai wanita syurga 
Dunia kian binasa 
Bangkitlah srikandi pejuang agama
Usahlah risau seandainya banyak yang telah terjerat
Kerana tersemat surah An-Nisa' ayat ke-16 
Allah Menerima Taubat

Comments

Post a Comment

Popular Posts