Tombak Memandang Lemah
Aku merintis kisah silam
Yang paling kerap aku nukilkan
Perisai yang luluh bertahan
Wajahnya terbias tanda
Indah khabar bersuara
Kononnya gusar sungguh terasa
Andai jauh ditinggalkannya
Sebalik tembok senyuman
Tombak ganas hancur papan
Selami keringnya lautan
Merintih pasir di tepian
Tombak mencancang gagah
Riak merenung parah
Kerap memandang lemah
Kerna jiwa tak pernah mengalah
Dengarlah tombak durjana
Ke mana sahaja kau menerjah
Aku pasti melangkah megah
Biarpun tombak memandang lemah
Comments
Post a Comment