Manusia

Jiwa-jiwa bergelora
Membungkam benak di dada
Mata-mata terus memerhati
Menyingkapi mistik sensasi
Biarlah aku seorang menyimpan isi hati
Kerana aku tahu
Tiada guna untuk aku jelaskan
Tidak mungkin ada yang bakal percaya
Kerana manusia sering megah
Hanya asbab Allah menutup aibnya
Insan lemah yang terasa mulia
Bagaikan tarbiah menjadi malaikat
Larangan setitik dosa ditegaskan
Usah mengharap kan ucapan maaf
Tunduk hormat tidak sesekali
Manusia.. Sedarlah
Kau berasal daripada tanah
Mengapa bersikap langit? 

Comments

Popular Posts