Meneliti Sejarah Hitam
Perasaan cemas membuak-buak
Mungkin terselit rasa teruja
Adakah segalanya bakal berakhir jua?
Menghitung hari penuh debaran
Hampir setiap kali kelamnya langit
Berlinang air mata menghujani pipi
Mengenang kehidupan yang aku sia-siakan dahulu
Zaman kejahilan
Yang membinasakan minda cerdasku
Memutuskan saraf-saraf intelektual
Mengaburi pandangan dengan kemungilan duniawi
Walaupun berlaku kudeta di minda
Hati masih berjaya mengawal perasaan
Bibir masih mengungkap kalimah mulia
Benar bahawa aku ikhlas menyayangi-Nya
Menzahirkan rasa kasih
Hanya aku mendalami
Biarlah masyarakat memandang hina
Asalkan aku yang berkorban menuju Jannah
Comments
Post a Comment