Bongkah Kehidupan

Tatkala kelamnya langit
Bintang mulai mengerdip
Bulan membuai sungguh asyik
Matahari mana mungkin terbit

Haruman seorang yang berbudi
Pasti tetap kuat merindui
Menanti panggilan si puteri
Apa khabar wira sejati ?

Pelukan erat berimaginasi
Segala mehnah dan tribulasi
Mencakar rakus ikatan hati
Memecah empangan mengalir di pipi

Realitiku rosak binasa
Membungkam di dada rasa kecewa
Pemikiranku sering melata
Kerana mindaku terus berjaga

Abah..
Yang kuat menentang bencana
Yang sibuk memerangi guruh
Yang tabah mendaki bahaya

Abah..
Mengunci hati kerana rindu
Menegur jiwa kerana sayang
Memeluk tubuh kerana bangga

Aku akan bersamanya
Dengan iringan melodi bahagia
Di sana bukan sesaat
Namun selamanya

Comments

Popular Posts