Skip to main content

Posts

Featured

Lahirnya Bonda

Dalam didikannya ada hasrat Dalam nasihatnya ada rayuan Dalam amukannya ada kasih Dalam sepinya ada kedewasaan Dalam genggamnya ada peribadi terbimbing Beliau seorang wanita  Yang kugelar Bonda Qatrunnada Tak ada sutera begitu halus seperti belaian seorang ibu Tak ada tempat yang paling tenang selain pangkuan seorang ibu Tak ada bunga yang lebih indah selain senyummu Tak ada haluan yang begitu mekar seperti langkah kakimu Selamat Hari Lahir Bonda .. Semoga hidupmu disirami pesona bahagia Dilimpahi keberkatan ilmu sentiasa Semoga senyummu mampu melembutkan hati-hati manusia Bicaramu mendukung seribu satu makna Biarpun sering rebah,  Semoga keringatmu memperoleh keredaan-Nya Berjuanglah demi jihad wanita solehah Sebarkan belaian seluruh ummah Agar sinarmu menitip berkah Syukran Bonda Qatrunnada Kerana jasa yang tak terbanding Dengan binaan gah pencakar langit Walau merentas Lautan Pasifik Biarpun menyelam menembus pasir Rimba lebat masih terpinggir Bahkan gunung kudaki lelah Namun jasamu

Latest Posts

Diam Beraksi

Miracle of Blessing

Mentari Terkorban

Heningnya Malam bersama Kerdipan Bintang

Suatu Perjalanan

Belaian Kasih yang Buntu

Hati

Bongkah Kehidupan

Pesawat Duka

Aroma Terpinggir