Lahirnya Bonda

Dalam didikannya ada hasrat
Dalam nasihatnya ada rayuan
Dalam amukannya ada kasih
Dalam sepinya ada kedewasaan
Dalam genggamnya ada peribadi terbimbing

Beliau seorang wanita 
Yang kugelar Bonda Qatrunnada

Tak ada sutera begitu halus seperti belaian seorang ibu
Tak ada tempat yang paling tenang selain pangkuan seorang ibu
Tak ada bunga yang lebih indah selain senyummu
Tak ada haluan yang begitu mekar seperti langkah kakimu
Selamat Hari Lahir Bonda ..

Semoga hidupmu disirami pesona bahagia
Dilimpahi keberkatan ilmu sentiasa
Semoga senyummu mampu melembutkan hati-hati manusia
Bicaramu mendukung seribu satu makna
Biarpun sering rebah, 
Semoga keringatmu memperoleh keredaan-Nya

Berjuanglah demi jihad wanita solehah
Sebarkan belaian seluruh ummah
Agar sinarmu menitip berkah

Syukran Bonda Qatrunnada
Kerana jasa yang tak terbanding
Dengan binaan gah pencakar langit
Walau merentas Lautan Pasifik
Biarpun menyelam menembus pasir
Rimba lebat masih terpinggir
Bahkan gunung kudaki lelah

Namun jasamu mencancang megah


Comments

Post a Comment

Popular Posts