Belaian Kasih yang Buntu

Cinta membelaimu dengan arus ombak
Mencabarmu dengan tembok yang tinggi
Menyakitimu dengan percikan api
Melindungimu dalam sanubari

Sahabat merangkak ketika kau bahagia
Berlari saat kau kesusahan
Tersakiti ketika kau kesedihan
Percaya saat tidak bersama

Manusia keliru
Risau jika ada yang terluka
Perit jika ditinggalkan antaranya
Sanggup berkorban biarpun merana

Bangkitlah semula
Kamu bersahabat kerana cinta dan kasih
Percaya dan bersangka baik menjadi tunjang
Robohnya persahabatan hancurlah ukhuwah

Cinta kamu benar setia
Hati merintih ditinggalkan si dia
Batasan wajar terjaga
Sakit menanggung di akhirat sana

Comments

Popular Posts