Pesawat Duka

Tak akan menoleh lagi
Walau kau kembali melutut
Tak akan aku sanjungi
Kerana segalanya telah luput

Bicaramu diulit sandiwara
Kenanganmu disulami permata
Anugerahmu dihiasi tiara
Peribadimu disangka emas berharga

Berhenti di sebuah perhentian
Walhal masih tersemat harapan
Mengintai walau di celah batuan
Apa mungkin kasih di tepian?

Kisahmu sudah lapuk
Bagai seuntai dongeng buruk
Semakin lama semakin usang
Kerana mindaku telah bersarang

Sungguh ideologiku tidak bercambah
Tidak menarik untuk dipersembah
Kerana kau mula melangkah
Aku terbang walau kupasrah

Comments

Popular Posts