Mentari Terkorban

Aku tahu
Asap hitam makin berjelaga 
Kayu bara akan bernyala
Hangus lenyap ikatan saudara

Hati aku bertanda tanya
Mengapa dia musuh yang nyata
Walhal dia lebih dewasa
Namun tiada bertimbang rasa

Aku tak mampu berdiri kaku
Menadah pekikan tepat dituju
Cuba meneroka nasihat bermutu
Malangnya yang tinggal hanya abu

Kerana ilmu yang aku cari
Berombak api bernada dengki
Belenggu haba panas bersakti
Ilmu kupohon mencancang seri

Bertahanlah selagi gagah
Menangislah meratapi gundah
Kalbu mutiara bertakhta indah
Mendiami perigi rintihan solehah

Comments

  1. Teruskan berpuisi, kak Shahirah Shaari. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa insyaallah Ainaa .. terima kasih sudi baca puisi ana 😌

      Delete
  2. Teruskan berpuisi, kak Shahirah Shaari. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts