Hati

Bersabarlah wahai hati
Kerana manusia tidak pernah mengerti
Kerana mereka tidak akan mengakui
Bahawa kau berkata benar

Teguhlah wahai hati
Walaupun terus disakiti
Walaupun luka berdarah kembali
Tetaplah melakar inspirasi

Kadang 
Saat kau terserong
Seorang sahaja yang menarikmu
Ke mana perginya yang lain?

Tekadlah wahai hati
Usah berharap kepada yang sudah pergi
Ulitkan kasih sayang dalam persahabatanmu
Titipkan cahaya bahagia agar kekal selamanya

Hati ini
Pernah meredah onak duri
Pernah menentang saat dizalimi
Hati ini belajar erti sabar

Lengkapkan hasrat hatimu
Tunaikan segalanya agar hati juga bahagia
Tepati janji terhadap hati
Luahkanlah sengsara yang hati alami

Comments

Popular Posts